Powered By Blogger

Pages

Friday, February 26, 2010

[POTONG BAJET] Peruntukkan Pendidikan & Bantuan Sekolah di Malaysia

Pengumuman kerajaan ingin tarik balik elaun cola kakitangan kerajaan tidak berhenti setakat itu sahaja. Aktiviti potong, potong, potong kos dan berjimat cermat yang disarankan kerajaan diteruskan lagi, kali ini peruntukkan di bahagian pendidikan pula dipotong dan menjadi “mangsa”. Kalau sebelum ini, Menteri Pelajaran ketika baru memegang jawatan menyatakan sukan akan menjadi perhatian utama. Tetapi, tahun ini nampak sebaliknya di mana Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bertindak menggugurkan atau ‘menyembelih’ beberapa sukan alasan perbelanjaan berhemah dan ingin menjimatkan kos.

Kita perlu sedar sukan adalah cara berkesan untuk mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar ke peringkat lebih tinggi. Sayang seribu kali sayang. Tindakan sebegini boleh menyebabkan peserta sukan yang telah digugurkan terkial-kial tanpa haluan kerana sukan yang mereka wakili tidak dipertandingkan.

Bagaimana kita ingin menilai 10 peratus yang ditetapkan dalam aktiviti kokurikulum bagi pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi? Apakah ukuran yang digunakan bagi pelajar aktif sukan digugurkan dan tidak aktif?

Tindakan MSSM menghancurkan impian pelajar yang menjadi mangsa perbelanjaan berhemah kerajaan. Pelajar di luar bandar lagi malang lagi kasihan kerana mereka terhad kepada beberapa sukan sahaja akibat kekurangan kemudahan. Hasrat Kementerian pendidikan meningkatkan kecemerlangan akademik dan kurikulum. Pelaksanaannya? Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan antara lain mahu mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggi. Pelaksanaanya?

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu. Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini, berkata berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, bayaran RM1 sehari dikekalkan manakala pelajar di kalangan keluarga miskin dikecualikan sepenuhnya seperti amalan sebelum ini. Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.

Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar. “Kementerian sudah merangka beberapa langkah penjimatan dengan mengambil kira bahawa penjimatan ini tidak akan menjejaskan program-program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar,” katanya.

Menanggung? Membantu rakyat?

Mana yang lebih baik?

  • Kita dijangkakan menanggung bebanan kos dan kerugian sehingga ke angka RM12 billion akibat penyelewengan skandal PKFZ dibandingkan dengan kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar

Mana lebih baik?

  • Hasil laporan Ketua Audit Negara, kerajaan kerugian sehingga RM1 Billion untuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh Rawang dibandingkan dengan kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar

Mana lebih baik?

  • Kita kehilangan 2 enjin Jet Pejuang F-5E yang bernilai sekitar lebih RM50+++ juta dibandingkan dibandingkan dengan kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar

Tahun ini bajet bagi pendidikan telah berkurang, tidak sebanyak yang diterima pada tahun 2009.

Antara beberapa peruntukkan yang telah dipotong, sehingga menyebabkan :

  1. Yuran dan bayaran sekolah pelajar dikatakan telah naik termasuk bayaran PIBG sekolah. Mana lagi sekolah nak dapatkan dana, kalau peruntukkan telah pun dipotong?
  2. Bantuan baju uniform kokurikulum yang sememangnya wajib dipakai dihentikan serta merta. Jadi selepas ini orang miskin perlu mencari alternatif lain bagi memberikan anak mereka pakaian kokurikulum.
  3. Beberapa acara sukan telah pun dipancung di peringkat MSSD, MSSN Kebanyakan sukan hanya bawah 18 tahun sahaja dan pasukan 15 tahun setiap sekolah banyak yang terpaksa “dikorbankan” dan contoh sukan seperti bola baling, catur, kriket dan lain-lain.
  4. Duit kokurikulum juga telah pun dipotong. Tiada sukan? Ya……tetapi kemungkinan sekolah pula yang akan tekan ibubapa untuk kutip derma untuk mengadakan juga sukan di peringkat sekolah.
  5. Sekolah kena bayar sendiri bil utiliti yang mana sebelum ini diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Sekarang terdapat sekolah yang ada makmal komputer, tidak boleh digunakan disebabkan menggunakan kadar elektrik yang tinggi.
  6. Penyaluran Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diperketatkan lagi.
  7. Kalau sebelum ini kita biasa dengar budak-budak sekolah selalu kena cirit-birit disebabkan keracunan pada susu percuma yang dibekalkan. Selepas ini kita mungkin tidak akan dengar lagi kes-kes yang sebegitu kerana skim susu percuma akan dihentikan serta-merta.
  8. Duit RIMUP (integrasi antara kaum) dihentikan terus.
  9. Sistem kupon kelas tuisyen untuk pelajar asrama yang telah dihentikan. Walaubagaimanapun terdapat guru-guru yang prihatin tetap meneruskan kelas tambahan di atas inisiatif sendiri.
  10. Tiada lagi peruntukkan makanan bagi pelajar asrama di hujung minggu. Ini kerana perbelanjaan makanan di asrama telah dikurangkan kepada 200 hari berbanding 250 hari sebelum ini iaitu pada tahun 2009. Sampai bila tidak diketahui lagi. Jadi, pelajar-pelajar diminta pulang setiap hujung minggu. Bagaimana yang tinggal jauh dari keluarga? Perbelanjaan ibubapa yang berpendapatan rendah? Keselamatan anak-anak?
  11. Kerajaan juga turut memotong peruntukan buku-buku untuk perpustakaan desa. Biasanya untuk setiap judul kerajaan akan beli dalam 1000 naskhah tapi untuk tahun 2009 kerajaan cuma beli 400 naskhah bagi setiap judul. Bagaimana nak lahirkan pelajar cemerlang kalau bahan bacaan di perpustakaan pun dicantas???

Okey…….lihat dan buka mata sejenak, kita lihat tahap pendidikan negara-negara maju seperti Sweden dan German, negera-negara ini memberikan rakyat mereka PENDIDIKAN PERCUMA bukan ditahap sehingga sekolah tinggi sahaja tetapi sehingga ke peringkat universiti. Sekali lagi, ulang suara PENDIDIKAN PERCUMA. Rakyat pun tidak mengharapkan bantuan sehingga begitu sekali melihat keadaan negara ketika ini. Tetapi……….. janganlah sampai bantuan pendidikan menjadi “mangsa terawal” akibat kekeringan wang negara.

Dalam keadaan sekarang saya sangat bersetuju kalau-kalau ada terkeluar cadangan daripada menteri-menteri contohnya yang mana dalam keadaan kedudukan kewangan kerajaan yang sedang meruncing ketika ini. Kerajaan sepatutnya kaji balik beberapa program yang sedang berjalan sekarang seperti Program Latihan Khidmat Negara kerana ia melibatkan belanja yang tinggi terutamanya pakaian beruniform & makanan peserta. Contohnya sekecil-kecil benda seperti satu peket Maggi boleh jadi RM1.50-RM2.00. Bagaimana pula yang lain?

Kenapa tidak peruntukkan pada Program Latihan Khidmat Negara ini dikaji semula & sebahagian dananya disalurkan dana ke kementerian pendidikan. Mana lebih penting? Tidak lupa juga program permata pintar. Yang terbaru mereka lancarkan pula program permata pintar untuk muzik pula. Bagi saya sendiri peringkat sekolah yang paling penting untuk dibantu. Bukankah pendidikan merupakan perkara terpenting bagi sesebuah negara? Kalau kerajaan ada duit lebih barulah dimantapkan, dengan meneruskan Program Khidmat negara contohnya. Kan itu lebih baik.

Pelaksanaan baru itu perlu diberi perhatian dan dikaji semula kerana kebanyakan pelajar sekolah berasrama daripada keluarga berpendapatan rendah.

P/S : Walaubagaimanapun, kerajaan nak tarik balik semua subsidi sebab nak suruh rakyat hidup berdikari katanya…..

No comments:

Post a Comment