Powered By Blogger

Pages

Friday, February 26, 2010

[POTONG BAJET] Peruntukkan Pendidikan & Bantuan Sekolah di Malaysia

Pengumuman kerajaan ingin tarik balik elaun cola kakitangan kerajaan tidak berhenti setakat itu sahaja. Aktiviti potong, potong, potong kos dan berjimat cermat yang disarankan kerajaan diteruskan lagi, kali ini peruntukkan di bahagian pendidikan pula dipotong dan menjadi “mangsa”. Kalau sebelum ini, Menteri Pelajaran ketika baru memegang jawatan menyatakan sukan akan menjadi perhatian utama. Tetapi, tahun ini nampak sebaliknya di mana Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bertindak menggugurkan atau ‘menyembelih’ beberapa sukan alasan perbelanjaan berhemah dan ingin menjimatkan kos.

Kita perlu sedar sukan adalah cara berkesan untuk mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar ke peringkat lebih tinggi. Sayang seribu kali sayang. Tindakan sebegini boleh menyebabkan peserta sukan yang telah digugurkan terkial-kial tanpa haluan kerana sukan yang mereka wakili tidak dipertandingkan.

Bagaimana kita ingin menilai 10 peratus yang ditetapkan dalam aktiviti kokurikulum bagi pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi? Apakah ukuran yang digunakan bagi pelajar aktif sukan digugurkan dan tidak aktif?

Tindakan MSSM menghancurkan impian pelajar yang menjadi mangsa perbelanjaan berhemah kerajaan. Pelajar di luar bandar lagi malang lagi kasihan kerana mereka terhad kepada beberapa sukan sahaja akibat kekurangan kemudahan. Hasrat Kementerian pendidikan meningkatkan kecemerlangan akademik dan kurikulum. Pelaksanaannya? Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan antara lain mahu mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggi. Pelaksanaanya?

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu. Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini, berkata berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, bayaran RM1 sehari dikekalkan manakala pelajar di kalangan keluarga miskin dikecualikan sepenuhnya seperti amalan sebelum ini. Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.

Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar. “Kementerian sudah merangka beberapa langkah penjimatan dengan mengambil kira bahawa penjimatan ini tidak akan menjejaskan program-program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar,” katanya.

Menanggung? Membantu rakyat?

Mana yang lebih baik?

  • Kita dijangkakan menanggung bebanan kos dan kerugian sehingga ke angka RM12 billion akibat penyelewengan skandal PKFZ dibandingkan dengan kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar

Mana lebih baik?

  • Hasil laporan Ketua Audit Negara, kerajaan kerugian sehingga RM1 Billion untuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh Rawang dibandingkan dengan kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar

Mana lebih baik?

  • Kita kehilangan 2 enjin Jet Pejuang F-5E yang bernilai sekitar lebih RM50+++ juta dibandingkan dibandingkan dengan kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar

Tahun ini bajet bagi pendidikan telah berkurang, tidak sebanyak yang diterima pada tahun 2009.

Antara beberapa peruntukkan yang telah dipotong, sehingga menyebabkan :

  1. Yuran dan bayaran sekolah pelajar dikatakan telah naik termasuk bayaran PIBG sekolah. Mana lagi sekolah nak dapatkan dana, kalau peruntukkan telah pun dipotong?
  2. Bantuan baju uniform kokurikulum yang sememangnya wajib dipakai dihentikan serta merta. Jadi selepas ini orang miskin perlu mencari alternatif lain bagi memberikan anak mereka pakaian kokurikulum.
  3. Beberapa acara sukan telah pun dipancung di peringkat MSSD, MSSN Kebanyakan sukan hanya bawah 18 tahun sahaja dan pasukan 15 tahun setiap sekolah banyak yang terpaksa “dikorbankan” dan contoh sukan seperti bola baling, catur, kriket dan lain-lain.
  4. Duit kokurikulum juga telah pun dipotong. Tiada sukan? Ya……tetapi kemungkinan sekolah pula yang akan tekan ibubapa untuk kutip derma untuk mengadakan juga sukan di peringkat sekolah.
  5. Sekolah kena bayar sendiri bil utiliti yang mana sebelum ini diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Sekarang terdapat sekolah yang ada makmal komputer, tidak boleh digunakan disebabkan menggunakan kadar elektrik yang tinggi.
  6. Penyaluran Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diperketatkan lagi.
  7. Kalau sebelum ini kita biasa dengar budak-budak sekolah selalu kena cirit-birit disebabkan keracunan pada susu percuma yang dibekalkan. Selepas ini kita mungkin tidak akan dengar lagi kes-kes yang sebegitu kerana skim susu percuma akan dihentikan serta-merta.
  8. Duit RIMUP (integrasi antara kaum) dihentikan terus.
  9. Sistem kupon kelas tuisyen untuk pelajar asrama yang telah dihentikan. Walaubagaimanapun terdapat guru-guru yang prihatin tetap meneruskan kelas tambahan di atas inisiatif sendiri.
  10. Tiada lagi peruntukkan makanan bagi pelajar asrama di hujung minggu. Ini kerana perbelanjaan makanan di asrama telah dikurangkan kepada 200 hari berbanding 250 hari sebelum ini iaitu pada tahun 2009. Sampai bila tidak diketahui lagi. Jadi, pelajar-pelajar diminta pulang setiap hujung minggu. Bagaimana yang tinggal jauh dari keluarga? Perbelanjaan ibubapa yang berpendapatan rendah? Keselamatan anak-anak?
  11. Kerajaan juga turut memotong peruntukan buku-buku untuk perpustakaan desa. Biasanya untuk setiap judul kerajaan akan beli dalam 1000 naskhah tapi untuk tahun 2009 kerajaan cuma beli 400 naskhah bagi setiap judul. Bagaimana nak lahirkan pelajar cemerlang kalau bahan bacaan di perpustakaan pun dicantas???

Okey…….lihat dan buka mata sejenak, kita lihat tahap pendidikan negara-negara maju seperti Sweden dan German, negera-negara ini memberikan rakyat mereka PENDIDIKAN PERCUMA bukan ditahap sehingga sekolah tinggi sahaja tetapi sehingga ke peringkat universiti. Sekali lagi, ulang suara PENDIDIKAN PERCUMA. Rakyat pun tidak mengharapkan bantuan sehingga begitu sekali melihat keadaan negara ketika ini. Tetapi……….. janganlah sampai bantuan pendidikan menjadi “mangsa terawal” akibat kekeringan wang negara.

Dalam keadaan sekarang saya sangat bersetuju kalau-kalau ada terkeluar cadangan daripada menteri-menteri contohnya yang mana dalam keadaan kedudukan kewangan kerajaan yang sedang meruncing ketika ini. Kerajaan sepatutnya kaji balik beberapa program yang sedang berjalan sekarang seperti Program Latihan Khidmat Negara kerana ia melibatkan belanja yang tinggi terutamanya pakaian beruniform & makanan peserta. Contohnya sekecil-kecil benda seperti satu peket Maggi boleh jadi RM1.50-RM2.00. Bagaimana pula yang lain?

Kenapa tidak peruntukkan pada Program Latihan Khidmat Negara ini dikaji semula & sebahagian dananya disalurkan dana ke kementerian pendidikan. Mana lebih penting? Tidak lupa juga program permata pintar. Yang terbaru mereka lancarkan pula program permata pintar untuk muzik pula. Bagi saya sendiri peringkat sekolah yang paling penting untuk dibantu. Bukankah pendidikan merupakan perkara terpenting bagi sesebuah negara? Kalau kerajaan ada duit lebih barulah dimantapkan, dengan meneruskan Program Khidmat negara contohnya. Kan itu lebih baik.

Pelaksanaan baru itu perlu diberi perhatian dan dikaji semula kerana kebanyakan pelajar sekolah berasrama daripada keluarga berpendapatan rendah.

P/S : Walaubagaimanapun, kerajaan nak tarik balik semua subsidi sebab nak suruh rakyat hidup berdikari katanya…..

Kerajaan Kekurangan Dana, Kerja Guru Baru Dibeku Tahun Depan?


Mintak maaf saya katakan awal-awalnya, kebanyakan graduan perguruan hari ini hanya memenuhkan peluang kerjaya semata. Sedangkan kerjaya seorang guru itu sebenarnya merupakan antara aspek terpenting dalam menentukan halatuju dan masa depan negara daripada segi pembentukan anak-anak muda masa kini. Mereka kadang-kadangnya yang masuk bidang perguruan ini bukan kehendak mereka awalnya, tetapi “terpaksa” kerana ia menjadi pilihan terakhir bagi mendapatkan peluang kerjaya.

Bakal guru hari ini boleh dikatakan seperti satu pakej mee segera(bukan semua, tapi kebanyakannya). Tugas guru bukan sahaja setakat mengajar(masuk kelas, bla…bla…bla, kemudian keluar) tetapi dalam masa yang sama bakal-bakal guru perlu diajar bagaimana untuk “mendidik” anak-anak muda hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Manakala penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.(Nasib baik beritahu dan memang patut diberitahu pun kerana itu hak mereka)

Itulah yang dikatakan sekarang, kuantiti melebihi kualiti. Itu yang jadi pada bakal guru pada hari ini, tangkap muat sahaja. Yang aniaya, anak-anak yang bersekolah. Lebih-lebih yang terkebelakang seperti anak-anak dari Sabah & Sarawak. Dahla…ketinggalan, dihantarnya pula guru-guru baru yang masih mentah dalam bidang pendidikan mengajar di sana. Erm…….

Masalah seperti terdapat graduan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah adalah merupakan masalah yang sinonim berlaku dalam skop perguruan pada hari ini dan juga apabila kementerian pendidikan berpecah menjadi kementerian pengajian tinggi dan kementerian pelajaran.

P/S : Bilangan guru terlalu ramai berbanding dengan sekolah yang ada. Kadar pertambahan dan lambakan guru tidak selari dengan graduan dalam bidang perguruan.

PP/S : Dirasakan masalah guru dapat diatasi paabila kerajaan mempunyai dana untuk menghantar guru-guru untuk posting dan membina lebih banyak sekolah. Kadang-kadang satu kelas melebihi 50 anak murid. Macam mana belajar tu?

Caj VEP Kereta Singapura Keluar Masuk VS Kereta Malaysia


Kadang-kadang saya terfikir juga. Bukan niat saya untuk mendatangkan kesusahan kepada orang Singapura ye. Kalau di Johor Bahru, kereta Singapore semata sehingga berlakunya kesesakan disebabkan kehadiran dan pertambahan bilangan kereta Singapura dari hari ke sehari. Kalau hujung minggu lagi teruk. Bab cara memandu anda boleh lihat sendiri, bagaimana. Bukan semua, tetapi sebilangan besar menunjukkan jaguh di jalan raya.Apa yang berlaku sebaliknya kepada rakyat Malaysia yang masuk ke Singapura untuk tempoh yang terlalu sekejap? Mereka boleh mengenakan pelbagai cukai dan peraturan kepada kita. Sampaikan jikalau pada weekdays, kena bayar SGD 20.00 per car.

Apa salahnya kalau tak banyak pun, kita impose Vehicle Entry Permit(VEP) kepada kereta Singapura. Tentang nilainya biar kerajaan yang tentukan. Bukannya apa, hasilnya itu sebenarnya boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan negara terutamanya untuk tujuan pembangunan dan prasarana. Yang mendapat faedah orang Malaysia dan orang Singapura yang datang ke Malaysia mendapat tempiasnya juga. Kalau dikenakan contohnya RM200-RM300 setahun tak jejas pun kehadiran pelancong Singapura. Di mana lagi untuk mereka keluar daripada kepompong negara Singapura tu, kalau tidaknya Malaysia. Sudah berapa la kita berikan kebebasan kepada orang-orang Singapura, jadi tiada salahnya peraturan ini diperkenalkan untuk kebaikan bersama dan manfaat kepada rakyat Malaysia sendiri. Mungkin sudah tibanya Malaysia perkenalkan peraturan ini.

Adakah kedatangan pelancong Singapore untuk bercuti akan terjejas? Saya tidak merasakan caj yang bakal dikenakan akan membebankan mereka. Kat mana lagi boleh test drive kereta-kereta mewah mereka itu? Selain di Malaysia. Apala sangat orang Singapore dengan caj VEP, kalau ia jadi dilaksanakan nanti.

Mari kita lihat apa caj-caj yang dikenakan oleh Singapura jika orang Malaysia jejak kaki di sana. Antaranya :

  • Mengenakan yuran S$150 (RM351) sebulan terhadap setiap pekerja asing dalam erti kata lain orang Malaysia yang memegang permit kerja.
  • Setiap kenderaan Malaysia yang ingin memasuki Singapura mesti didaftarkan dan dikenakan bayaran Permit Kenderaan Masuk (VEP) S$4 (RM9.40) sehari untuk motosikal; S$20 (RM44.80) sehari untuk kereta dan van. Bayaran untuk bas dan lori saya tidak pasti.(Yang mana tahu, tolong mention di ruangan komen). Walaupun bayaran itu tinggi, ramai rakyat Malaysia memandu kereta untuk ke Singapura.
  • Memastikan setiap kereta Singapura yang ingin meninggalkan republik itu, menunjukkan bacaan meter minyak sekurang-kurangnya tiga perempat daripada bacaan penuh. Jika kurang, saman S$500 (RM1,170) akan dikenakan.
  • Mengenakan cukai (GST) sebanyak tujuh peratus terhadap setiap barang yang dibeli sama ada rakyat Singapura sendiri atau rakyat asing.
  • Mengenakan bayaran tempat letak kenderaan termasuk motosikal. Memastikan rakyat Malaysia yang disaman kerana kesalahan lalu lintas membayar saman pada hari sama saman dikeluarkan sebelum meninggalkan Singapura. Singapura mengamalkan sistem saman elektronik yang boleh mengesan kenderaan disaman pada setiap pintu keluar Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK)
  • Mengenakan tol terhadap pengguna lebuh raya. Yang tak tahan motosikal pun termasuk sekali.
  • Melarang rakyat Singapura atau penduduk tetap memiliki kenderaan asing.
  • Mengenakan saman yang tinggi iaitu S$70 (RM163.80) terhadap kenderaan Malaysia yang tidak mempunyai mesin IU (digunakan untuk membayar VEP dan tol secara automatik) ketika melalui lebuh raya bertol. Kos pemasangan mesin IU, sebanyak S$155 (RM362.70) seunit.

Dulu Malaysia hampir-hampir mengenakan levi RM20 ke atas setiap kenderaan asing, kemudian buat palang dan semua lorong kereta/bas/lori di semua Pusat Pemeriksaan Imigresen, habis duit berjuta-juta memasang terminal tol. Akhirnya, akur dengan permintaan/bantahan negara-negara jiran, maka projek itu terbatal selepas diumumkan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 31-8-2007. Larangan membeli minyak petrol/diesel bersubsidi di dalam lingkungan 50 km sempadan negara, dibatalkan sekelip mata ketika harga minyak Malaysia naik mendadak (RM2.70) menghampiri harga pasaran dunia (RM3.00). Pada masa itu, kenderaan asing masih boleh menikmati 30 sen subsidi pada masa itu bersama dengan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan larangan membeli minyak masak dan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, penguatkuasaan dibuat secara “sementara”, rakyat asing kini menikmati barangan subsidi bersama. Katanya tahun depan bakal dilaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras penikmatan subsidi dikalangan warga asing. Kita lihat bagaimana mekanismenya yang bakal digunakan kerajaan. Diharap berbaloi-baloi.

Kelemahan ketara apabila rakyat Singapura yang telah dikenakan saman. Mereka tidak akan ditahan apabila keluar dari Malaysia walaupun saman belum dijelaskan. Sebab Malaysia sendiri tiada sistem yang boleh track atau mengesan kesalahan yang ada pada setiap kenderaan yang keluar masuk negara. Hai……..sepatutnya Malaysia sudah ada mekanisme untuk mendaftarkan kehadiran kereta-kereta Singapore di Malaysia ini. Apatah lagi jika hendak menyemak saman.

Tetapi itula….suka atau kita tidak suka sekarang ini hakikatnya……

  • Malaysia sampai sekarang tak impose VEP kat kereta singapore, tetapi apabila kereta malaysia masuk Singapore dikenakan bayar S$20 weekday.
  • Pekerja Malaysia di Singapore kena bayar levy, tapi sebaliknya tiada caj.
  • Sebarang isu “bertindih”, Malaysia Singapura masih lagi tidak menampakkan kesudahan dalam isu air
  • Malaysia walaupun sudah ada CIQ baru, dalam pada masa sama jambatan bengkok pun sudah diberikan kontrak pun akhirnya terbatal dengan mudahnya. Sangat mudah RM700 juta hilang begitu sahaja.

P/S : Sekarang ini Singapura tengah buat promosi, dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 2 pagi. Free of caj masuk sana.

PP/S : Kalau nak beri subsidi, biarlah undang-undang serta penguatkuasaan undang-undang itu diadakan secara teratur. Kerajaan asyik-asyik habiskan membuat sesuatu polisi dan menggunakan duit negara/rakyat, bayar duit berjuta-juta membayar duit palang + komputer + Sistem kepada Iris Sdn. Bhd dan syarikat-syarikat tertentu serta beri subsidi kepada rakyat asing. Akhirnya, menemui “jalan mati”

PPP/S : Tindakan ini amat menghampakan rakyat. Buat ubah, buat ubah. Ini semua yang merugikan rakyat bawahan.

[AMARAN] Inilah Kesan Menggunakan Telefon Bimbit (HP) Semasa……..


Kalau dahulu, telefon bimbit bukanlah suatu kemestian. Tetapi lihat sekarang, ia sudah jadi satu keperluan. Sedangkan budak-budak sekolah ketika ini sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Canggih-canggih pula tu. Tetapi kita kena selalu beringat semasa menggunakan telefon bimbit anda. Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang benda yang sekecil-kecil perkara. Perkara kecil itulah yang boleh membawa kesan kepada diri kita. Saya suka mengingatkan diri saya sendiri dan juga pembaca beritasemasa.com. Sebab, kita boleh ubah tabiat yang kita buat sehari-hari. Selepas melihat gambar di bawah, kita semua tidak lagi melakukan perkara yang sama selepas ini. Ini kerana sudah ada yang terkena, jangan sampai anda menjadi mangsa seterusnya selepas ini.

  1. “Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat anda ketika mengecas”
  2. “Jangan pernah menjawab panggilan masuk ke HP saat sedang dicas!!”







Dalam satu kejadian, seorang lelaki sedang mengecas telefon bimbit kesayangan di rumahnya. Beberapa hari yang lalu, seorang laki2 sedang mengecas telefon bimbit di rumahnya. Dalam waktu yang sama, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya yang mana ketika itu telefon bimbitnya masih tersambung dengan kabel eletrik.

Kedua ibubapanya bergegas ke biliknya dan anaknya dalam keadaan pengsan masa itu, dengan degupan jantung dan jari terbakar. Setelah beberapa saat, tanpa dijangka arus eletrik masuk ke telefon bimbitnya lelaki muda tersebut tercampak ke lantai dalam badannya kekejangan. Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi “nyawanya sudah tak dapat diselamatkan” ketika sampai ke hospital.

P/S : Telefon bimbit adalah satu teknologi yang menjadi satu keperluan pada masa kini. Tetapi, kita harus berhati-hati kerana telefon bimbit yang kita anggap sebagai kawan boleh menjadi lawan sehingga boleh menyebabkan kematian. Elakkan diri menggunakan bila tersambung di suis.

Video Lucah Gadis Melayu Semakin Kronik!!

Kadang-kadang hairan juga, mereka ini tidak pernah ker terlintas kesan yang bakal mereka terima di kemudian hari akibat terbuai dengan desakan hawa nafsu dan seks bebas di usia muda. Pernah tak rasanya mereka terfikir dialog yang sebegini untuk tempoh 10-15 tahun akan datang setelah mereka berkeluarga:

Mak, tadi kawan Ayu(bukan nama sebenar) ada tunjuk satu video lucah sebijak macam muka mak masa muda-muda dulu. Tapi………………. video tu tunjuk mak tengah bogel dengan seorang lelaki lain dalam satu bilik. Tapi yang pastinya bukan ayah. Siapa lelaki tu mak?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Sekarang ini bukan lagi berita harian yang mengejutkan apabila kita mengatakan kes peningkatan kelahiran anak haram, malah rumah yang menjaga gadis mengandung anak luar nikah juga bertukar daripada mengurus atas dasar kebajikan kepada mengikut permintaan.

Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa (Malaysia), Dr Rubiah Hamzah, berkata senario yang berlaku dalam negara ketika ini apabila kebanyakan remaja hilang rasa malu apabila melakukan aktiviti seks bebas. Kes anak luar nikah diburukkan lagi dengan laporan yang terbaru mengenai amalan seks bebas remaja hari ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 hingga September.

Kita tidak sepatutnya menyalahkan masalah gejala sosial seperti terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah, kepada golongan ibubapa semata. Kenapa saya katakan begitu. Cuba kita lihat pula, situasi yang dialami oleh anak-anak yatim piatu, boleh pula mereka menjaga kehormatan diri. Bagaimana pula pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara yang berada jauh dari pemantauan keluarga yang kita tahu negara Barat terdedah dengan pub, clubbing, seks bebasnya? Pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri juga. Pendirian mestilah kena teguh dan kuat.

“Pompuan macam kueh, itu pasal kena bungkus, jikalau hendak mengelakkan dihinggap lalat”

Kebanyakan gadis-gadis Melayu berhati lembut. Dahla lembut, sekarang ini pula “gadis-gadis Melayu semakin lemah”. Perempuan ini juga kasih sayangnya dan setianya cukup tinggi apabila mengenali seseorang. Lebih-lebih lagi gadis-gadis yang baru kenal erti percintaan. Nak-nak lagi gadis-gadis melayu yang bertudung dan jenis tidak mahu melepaskan pasangannya. Sebab tidak mahu kehilanganlah, mereka gadis melayu yang bertudung terpaksa ikut kehendak pasangannya yang kononnya hendak tunjuk kasih sayang. Dah terlanjur anak luar nikah barulah sedar tapi sudah terlambat sehingga ada yang “membuang diri mereka dari keluarga”.


Sebab tu Islam, menyuruh supaya perempuan berada di rumah, kalau tiada sebab-sebab yang penting untuk keluar. Sebabnya perempuan itu “lemah”. Yang pandai menjaga diri itu, saya ucapkan tahniah. Bukannya untuk menghina atau mengurung mereka(kamum hawa), tetapi kerana hendak menjaga kemuliaan mereka. Pilihan sudah diberikan, terpulang. Situasinya sama juga apabila kita membeli telefon bimbit baru dan mahal, housing cantik, pegang pun sopan dan elok sahaja menjaga. Orang lain nak pinjam, pun kita tak kasi. Kalau dah lama, telefon bimbit pun dah calar, main lempar-lempar je. Begitu juga perempuan, disimpan, dijaga elok-elok, dipakai dengan pakaian menutup aurat, kerana Islam ingin menjaga kemuliaan mereka. Kita taknak gadis melayu terutamanya hilang harga diri mereka di kemudian hari.

Bola Sepak Piala Dunia 2010, Pasukan Pilihan Anda?


Senarai kesemua 32 negara yang bertanding untuk pertandingan bola sepak yang paling popular dan terbesar di dunia iaitu Piala Dunia 2010 telah pun diketahui. Senarai negara untuk setiap kumpulan pun sudah diumumkan. Kesian sama itu pasukan Perancis, mungkin bukan rezeki mereka edisi kali ini untuk diletakkan sebagai pasukan pilihan sehingga memaksa mereka berdepan negara-negara kuasa bola sepak dunia seperti England, Brazil, Sepanyol dsb. Walaubagaimanapun kumpulan yang diletakkan Perancis tidak “seganas” kumpulan yang disertai Brazil.







Mungkin terlalu awal untuk dibicarakan tapi jangan taktau, Piala Dunia 2010 bakal dilangsungkan pada tahun hadapan. Pejam celik-pejam celik dah start pertandingan. Agak-agak anda semua, negara manakah yang bakal memberikan kejutan besar seperti yang dilakukan oleh Korea Selatan(separuh akhir lagi tu)? Negara manakah yang bakal menjadi pilihan anda untuk pertembungan hebat di perlawanan akhir Piala Dunia 2010 nanti seterusnya diangkat sebagai juara? Penjaring terbanyak? Pemain muda yang bakal menyerlah tahun ini? Apakah ramalan awal anda?




Bola rasmi yang bakal digunakan dalam Piala Dunia 2010 nanti dipanggil “Jabulani”. Biasala, kalau dah Afrika Selatan yang jadi penganjur, nama yang diberikan pun pelik-pelik aja. Tapi beberapa pemain bola sepak tersohor dunia sudah memperakui kehebatan bola yang bakal mereka gunakan nanti. Antaranya :

Michael Ballack : Fantastic, the ball does exactly what I want it to.
Petr Cech : You can feel the energy coming towards you, like a shot.
Frank Lampard: It very strong ball, true to hit.
Kaka: For me, contact with the ball is all-important, and that is just great with this ball.

Kes Kartika Sari Dewi Shukarno Minum Arak. Bila Nak Sebat?


ISU hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno masih hangat diperbincangkan dan mendapat liputan meluas media. Kes sebat model sambilan ini, agak kontroversi sehingga Malaysia dianggap melanggar hak asasi manusia. Ada pihak yang menyokong ada juga yang menentang, dan ada juga kata Kartika Sari Dewi Shukarno ini gila publisiti. Kalau tanya saya, buat apa mahu dilambat-lambat lagi, hukuman sudah dijatuhkan dan si empunya badan sudah bersetuju.

Baguslah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sendiri meminta tarikh hukuman itu disegerakan kes sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno kerana ia sudah menjadi isu sensitif yang mencetuskan perdebatan pelbagai pihak. Tarikh pelaksanaan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang menjadi persoalan ramai selama ini akan diketahui bulan depan.

“Saya akui isu ini begitu sensitif, jadi kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik supaya ia tidak lagi berpanjangan. Saya beri tempoh sebulan lagi untuk selesaikan segala masalah dan mencari punca-punca yang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan segera,”

Hukuman sebat sudah dijatuhkan terhadap model sambilan ini, Kartika Sari Dewi Shukarnor, tukang sebat pun sudah ada. Jadi? Bila lagi? Kenapa susah sangat mahu laksanakan hukuman sebat ke tas Kartika ini? Adakah orang-orang atas takut dengan undang-undang negara sendiri? Takut ramai yang terkena nanti? Tempoh hari ditangguhkan sebab nak hormat bulan Ramadhan. sekarang ini laksanakan apa lagi mahu diberikan?

Kalau pendapat daripada seorang tokoh agama seperti Dr Asri, hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh hak individu lain seperti zina dan minum arak.

“Berbeza dengan jenayah yang membabitkan ancaman kepada hak individu lain atau keselamatan awam seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan yang seumpamanya. Jenayah peribadi seperti zina dan arak pendekatan Islam amat lunak dan membuka ruang pelepasan dan cuba menutup ruang pendedahan.

Sebatannya juga tidak mencederakan, bahkan pada zaman Nabi s.a.w ada yang hanya disebat menggunakan kain sahaja. Bukan untuk mencedera dan memusnahkan, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran.”

Bagusnya wanita ini, ya…….. dia sudah insaf dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya dengan enggan merayu supaya hukuman diringankan dan berulang kali menyatakan kesediaan disebat pada bila-bila masa, kini menunggu keputusan pihak bertanggungjawab memberi arahan kepadanya untuk menjalani hukuman itu.

Jika diamati, tiada sebarang halangan melaksanakan hukuman sebat ini. Jika dikatakan kerana menghormati Ramadan, bulan itu telah pun berlalu. Jika tiada tukang sebat syarie, ia telah pun disediakan. Malah yang lebih penting, empunya badan sendiri sudah bersiap sedia untuk menghadapinya. Sekarang ini terbalik pulak……..Kartika Sari Dewi Shukarno sendiri berkali-kali menegaskan bahawa dia mahu menjalani hukuman itu dan tidak akan sama sekali membuat rayuan walaupun didesak pelbagai pihak hatta pemimpin atasan negara sekali pun.

Justeru, di mana silapnya hinggakan hukuman sebat gagal dilaksanakan selepas ia ditangguhkan pada Julai tahun lalu. Pelbagai andaian dibuat berhubung kegagalan pelaksanaan hukuman itu.

Ada yang mengatakan….

  • Wujudnya “tangan-tangan politik” campur tangan politik dalam kes berkenaan manakala ada yang mengaitkannya dengan Peguam Negara yang menjadi faktor penangguhannya. Seperti biasa, Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan penglibatan pihaknya kerana secara logiknya tidak mungkin beliau campur tangan dalam urusan pentadbiran undang-undang syariah. Itu katanya.
  • Tidak kurang juga yang mendakwa terdapat campur tangan pihak istana yang menyebabkan kes tersebut tidak dapat dilaksanakan hingga kini.

Bagaimanapun, sejauh mana benar andaian itu, tidak dapat dipastikan tetapi apa yang nyata Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan Jabatan Agama Islam Pahang(Jaip) saling menuding jari seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Datuk Abdul Hamid Md. Yunus) : penetapan tarikh hukuman sebat itu adalah tanggungjawab Jaip selepas pihaknya mengekalkan hukuman ke atas Kartika Sari Dewi ketika semakan semula dilakukan pada Oktober tahun lalu.

Kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Jaip (Datuk Abdul Rahim Jaafar) : Pihaknya juga tidak ada kena-mengena dengan tarikh hukuman sebat itukerana pihaknya hanya menjalankan tugas untuk mendakwa model sambilan terbabit. Tanggungjawab menetapkan tarikh hukuman itu terletak di bahu Mahkamah Tinggi Syariah kerana institusi itu yang melakukan semakan semula terhadap keputusan yang telah dibuat sebelumnya.

Negara sudah masuk tahun baru, tetapi sehingga kita belum nampak lagi sebarang tanda hukuman itu dapat dilaksanakan sehingga menimbulkan persoalan di kalangan umat Islam. Seharusnya hukuman ke atas Kartika segera dilaksanakan. Melengahkan hukuman terhadap kes sebat Kartika ini hanya terus mengundang persepsi negatif terhadap sistem dan undang-undang syariah kita yang tempiasnya tentu terkena kepada kerajaan yang ada juga.

P/S : Kita pula di pihak yang benar, jadi laksanakanlah hukuman sebatan ini. Sama-samalah kita bertanggung jawab ke atasnya dengan berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

PP/S : Kalau ikutkan ramai lagi yang sepatutnya kena sebat sebab minum arak. Islam hanya pada nama. Tapi, kalau kes Kartika ini pun tak boleh hendak diselesaikan, bagaimana dengan yang lain…………

Isu Larangan Penggunaan Nama Allah oleh Kristian. Apa Kata Anda?


Bagaimana isu larangan penggunaan nama Allah oleh Kristian boleh timbul? Isu ini bermula setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah terhadap penerbitan dalam Bahasa Malaysia bagi akhbar mingguan Herald Katolik 31 Disember 2007.

Mungkin boleh diamati semula dan cuba fahamkan ayat 25 dalam Surah Luqman : “Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?”, Tentu mereka akan jawab “Allah”. Katakanlah “Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”.

Apakah pandangan tokoh agama Islam dunia dalam isu larangan penggunaan nama Allah oleh kristian ini?

  1. Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama “Allah” adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.
  2. Manakala bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Quran pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Dr. Asri juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya.
  3. Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata ‘liberal’ untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta’dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.
  4. Manakala seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof Syed Muhammad Al-Attas bahawa al-Quran telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerosakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian.
Allah digunakan oleh semua penganut agama samawi Islam, Kristian dan Jews (ahli kitab). Cuba keluar daripada kepompong dan tempurung yang lama. Kita kena lihat keadaan dan dunia sebenar kita ini. (www.jihadwatch.org). Bukan tugas saya untuk mengatakan yang ini betul dan yang ini pula salah. Tetapi inilah realitinya dan faktanya. yang penting kita membuat pilihan yang terbaik untuk kebaikan semua

Memang bagus kalau kita hidup aman damai dan bersahabat dengan semua agama dan dapat bersatu untuk kesejagatan amatlah bagus.

  1. Sebelum kejadian letupan gereja, laman web mahkamah iaitu www.mahkamah.gov.my pula telah digodam oleh pihak bertanggungjawab
  2. Jan 8 — Sebuah gereja di pinggir ibu negara dibakar tengah malam tadi ketika pihak berkuasa memberi amaran agar tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan termasuk mengadakan perhimpunan haram di sebalik polemik keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah”. Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak di sini dibakar, dipercayai oleh beberapa lelaki, kira-kira 12 tengah malam
  3. Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi
  4. Gereja di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel

Berkenaan kes letupan di 3 gereja tempoh hari, kita sepatutnya tidak menuduh samada orang Islam yang harus dipertanggungjawabkan ataupun orang Kristian sendiri yang membuat khianat. Adalah lebih baik kita tunggu sahaja siasatan polis. Walaupun ada segelintir kawan Islam tidak puas hati atas keputusan makhamah tinggi, tetapi perbuatan serangan molotov ni adalah sangat sangat serius, ia serupa serangan Terrorism. Apa yang kita dapat dengan serangan tidak bertamadun ini. Adakah boleh selesai ker masalah? Dalam pada masa yang sama pernah ker terfikir dengan serangan seperti ini industri pelancongan negara boleh terjejas kerana ramai pelancong asing akan takut diserang jika datang melancong ke Malaysia.

Akhirnya negara barat juga akan mengutuk negara kita sama sahaja dengan negara Islam di Timur Tengah yang penuh dengan kebencian dan serangan pengganas. Hendak kita dilabel sebegitu? Pengeboman sentiasa berlaku dan kematian rakyat meningkat setiap hari. Nama negara kita mesti terjejas selepas kes macam ni. Fikirkanlah wahai rakan-rakanku. Setiap perbuatan perlu menggunakan akal fikiran dan bukannya perasaan dan hawa nafsu yang menggongkong tingkah laku kita semua.

Sekarang ini, Yang Dipertuan Agong sendiri telah bertitah semua pihak supaya bertenang, hormati tempat ibadah tanpa mengira kaum. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat ibadah tanpa mengira kaum. Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Kenapa orang Melayu tak boleh bersahabat orang lain? Cuba beritahu sedikit, suka saya mendengar pandangan anda semua? Dengan Cina nak bertelingkah. Dengan India nak bergaduh dan sekarang ini dengan Kristian Sabah & Sarawak pun mahu bertikam lidah. Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.

  1. Kadang-kadang kita jaguh di lembah maksiat, kemudian……apabila timbul isu ini kita bangun dengan lagak seperti seorang pahlawan
  2. Kadang-kadang kita jaguh di jalanan, menang game usung betina, tetapi…….apabila timbul isu ini kita bangun dengan lagak seperti seorang pahlawan
  3. Kadang-kadang kita tutup mata dengan membenarkan lambakan tempat yang sudah ternoda dengan aktiviti maksiat, tetapi……kita boleh buka mata dengan isu ini, lagak seperti seorang pejuang

Bagusla yang mengadakan perhimpunan tempoh hari, sekurang-kurangnya jika dilihat daripada sudut lainnya terdapat semangat cintakan Islam. Tetapi biarlah isu yang hendak dibawa itu sesuai. Bukan boleh terjah sahaja. Lebih baik golongan dan kelompok yang seperti ini buat demo depan kedai mesin kuda dengan menuruh mereka tutup atau pun, apa salahnya mendakwahkan anak bangsa sendiri, didik diri sendiri dan ahli keluarga untuk menghayati ajaran Islam dan bukannya menyekat pengaruh luar semata-mata. Kalau buat demo pula konsert artis-artis Melayu Islam, bukankah lagi bagus? Itu belum termasuk lagi siaran televisyen sekarang ini, majalah-majalah lucah yang dibuat sendiri oleh orang Islam? Kemudian jihad pula di sekitar Bukit Bintang itu dulu. Pilihan sudah ada. Terpulang………………

Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untuk menarik minat orang Islam kapada agama lain. Itu sebabnya termaktubnya Perlembagaan Malaysia yang menetapkan agama Islam sebagai adalah agama rasmi dan agama Islam tetap akan terpelihara dalam pada masa yang sama kita mestilah menghormati pegangan dan kepercayaan orang lain. Apabila saya berkata begini, pastinya ada cakap-cakap yang mengatakan Berita Semasa ingin melihat kesucian agama mereka tercemar(pemikiran seperti ini sudah boleh dibaca). Mesti ada punya tetapi bukan niat saya sebegitu. Itu sebabnya apa-apa yang berlaku sekarang ini perlu dilihat daripada sudut sejarah dan perundangan yang ada di Malaysia.

Kita mesti sentiasa waspada apabila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza. Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah.

Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu? Apabila orang bukan Islam diminta menyanyi yang ada diselitkan nama Allah, adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka.

Itu sebabnya sebelum kita ingin bertindak(merusuh, demonstrasi, membantah) supaya rajin-rajinlah diri menyemak sejarah lampau. Benda ini bukan dipinta untuk terjadi tetapi disebabkan perundangan dan sejarah lampau negara kita. Lagipun saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin. Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

Persoalannya di sini jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam. Para alim ulama seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain dalam pada masa yang sama juga Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya. Kepercayaan kepada ajaran agama kita yang tulen adalah benteng untok kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam.

Mereka mengaku Allah sebagai Tuhan, mengapa kita mahu halang dan berasa takut jikalau Kristian menggunakan nama Allah. Bukankah Allah adalah Tuhan semua manusia, jin, dan sekalian alam? Bukankah ini salah satu bentuk dakwah? Kita sebagai muslim sepatutnya lebih besemangat nak mendidik umat islam apabila orang Kristian sendiri menggunakan nama Allah…dan bukannya berasa takut keliru atau sebagainya. Yang pentingnya ada satu undang-undang yang mempunyai kuasa mengawal pihak Kristian daripada menghina nama Allah. Selagi Kristian tidak menghina dan mempersendakan nama Allah, sesiapa pun berhak hendak guna nama Allah, sebab Allah itu adalah universal yang pentingnya di sini adakah selama ini kita betul-betul menyelami dan mengamalkan syariat Islam? Renung-renungkanlah.

Pada pendapat saya, nama Allah tiada orang yang memegang hak mutlak. Dalam erti kata lain, nama Allah bukanlah sesuatu “copyright” yang kita perlu berdebat sebegini rupa. Bahkan, jika orang bukan Islam menggunakan nama Allah, kita harusnya berdoa agar semoga dengan menyebut nama Allah mereka akan sedar bahawa agama kita merupakan agama yang sahih. Masalah kita ni, kita mengambil perkara kecil dan menjadikannya isu yang terlalu besar tanpa berfikir panjang. Apa yang kita nak buat – lawan..lawan..lawan..Sebaliknya, kita sebagai penganut agam Islam yang harmoni sepatutnya berfikiran lebih jauh dari ini..

P/S : Kalau umat Islam akidahnya kukuh dan mantap, rasanya tidak timbul isu larangan penggunaan nama Allah oleh Kristian. Ini kerana ramai yang takut tewas dengan kejahilan sendiri.Itu sebabnya saya tidak mengeluarkan isu ini daripada awal lagi.

PP/S : Yang baiknya datang daripada Allah, keburukan yang ada datangnya daripada kesilapan daripada saya sendri. Minta maaf jika tulisan kali ini mungkin ada menyinggung perasaan mana-mana individu

Hukuman Sebat Untuk Pasangan Seks Bebas di Malaysia. Setuju?

Berani buat berani tanggung. Cuba tanya kepada si pengemar dan pelaku seks bebas, setujukah mereka supaya hukuman sebat dikenakan ke atas pasangan yang melakukan seks bebas? Semestinya tidak jawapan mereka. Jadi, yang mana tidak terbabit apa yang perlu ditakutkan? Saya sendiri 100% bersetuju dengan hukuman rotan atau sebat ini. Bagaimana pula dengan anda. Tetapi…….ada juga yang tidak bersetuju. Siapakah mereka?

Sebelum mari kita lihat apa cuba disampaikan oleh ayah kepada Kartika (pelaku yang masih belum dikenakan hukuman sebat) berhubung isu hukuman sebat ke atas pasangan yang melakukan seks bebas:

Ditanya mengenai kenyataan Sisters in Islam (SIS) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita, Shukarnor menempelak pertubuhan tersebut sebagai tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang Islam. Katanya, mereka yang mendakwa Islam mundur kerana melaksanakan hukuman sebat adalah pihak yang sengaja mahu merosakkan Islam.

”Orang yang merangka undang-undang syariah di negara ini bukan calang-calang orang kerana mereka adalah orang terpelajar dan pakar undang-undang Islam. ”Kepada mereka yang mempertikaikan hukuman sebat, adakah mereka ini peguam yang mahir dalam undang-undang Islam atau hanya ‘loyar buruk’,” katanya.

Suara-suara daripada Sisters In Islam (SIS) hanya merupakan golongan minoriti di Malaysia sahaja. Tetapi suara merekalah yang selalu kedengaran. Memang tidak dinafikan Sisters In Islam sebenarnya kalau ikut kepada platform asal memang banyak tolong wanita, terutamanya golongan isteri dan ibu-ibu tunggal yang teraniaya. Sekarang? Tetapi sekarang ini dilihat Sisters In Islam (SIS) seperti terdesak dengan sanggup menjadi juara sehingga ke satu tahap di mana mereka berani mahu mempertikai undang-undang itu sendiri.

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita. Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289,Akta Kanun Jenayah. Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan inidaripada pengetahuan umum, katanya

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itubersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram). Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika. Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan. ‘Rotan tidak efektif’

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya. Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam). Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia. Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Menteri Dalam Negeri perlumenjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapapersoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai,” katanya. Tamatkan ‘wabak’ merotan. Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai ‘wabak merotan’.

AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan. Kumpulanyang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakanmereka bukan rakyat Malaysia – dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002. Menurut timbalan pengarah Asia-PasifikAI, Donna Guest “ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yangmula berleluasa di Malaysia.

Perjuangan Sisters In Islam banyak menyimpang jauh. Namun kepetahan berhujah, berdebat sering menjadi senjata utama mereka. Kalau nak menjadi pejuang hak asasi manusia , banyak lagi kes penganiayaan lain yang Sisters In Islam boleh pertimbang untuk diperjuangkan.

Kalau ikut undang-undang sekular , hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas 3 golongan seperti di bawah :

  1. Wanita
  2. Lelaki yang telah dijatuhkan hukuman mati
  3. Lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun.

Sekurang-kurangnya apabila dilaksanakan hukuman sebegini, ramai yang takut untuk berzina. Dalam pada masa yang sama hukuman sebat ke atas pasangan yang melakukan seks bebas boleh memberikan kesedaran dan peringatan kepada mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berzina ini.

Jenayah Kes Rogol di Malaysia Semakin Kronik. Punca?


Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di Malaysia yang terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadi-menjadi saban hari, sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan berita-berita seperti ini. Apa sebabnya? Di bawah ini ada beberapa contohnya kejadian kes rogol terbaru yang telah di paparkan dalam akhbar berita harian.

Amah dakwa dirogol abang majikan
KUALA LUMPUR : Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini.
Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 September lalu. “Suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di Wangsa Maju ke rumahnya di Bangi.

Rogol anak, nikah emak
PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.

Duda rogol budak upah RM5 dihukum
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah RM5 hingga RM15 antara Mei tahun lalu hingga Oktober lalu. Tertuduh, Che Hassan Che Nawang, 61, dari Kampung Jaya Gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.



Dan ini pula, tiga kes rogol yang boleh dikatakan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Antaranya :

Noor Suzaily Mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan tragis selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di Klang, pada 7 Oktober 2000.

Tragedi yang melibatkan kes Nurin Jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi Abdul Gani Juni, 54. Bapa kepada Nurul Huda Abdul Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru pada 17 Januari 2004 itu turut berduka cita dengan kematian Nurin Jazlin.

Yang pastinya kes melibat jenayah rogol ini tidak mengira mangsa. Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak tiri, sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka “sapu”. Gelaran apa yang boleh diberikan manusia yang bertopengkan binatang ini?



Kita jangan bercerita soal untuk mencari penyelesaian sedangkan kita sendiri yang memberikan racun dan sekarang ini kita mencari pula ubat yang terbaik untuk mengubatinya. Kalau semalam, kita bukla pusat bersosial dan anjurkan segala bentuk parti dan memberikan kebenaran. Secara tidak langsung kita galakkan anak-anak muda dalam menyertai segala bentuk parti sosial supaya seiring dengan negara maju. Kononnya.

Hari semalam kita ‘create’ Bangsar , kemudiannya kita ‘create’ pula Sri Hartamas. Sekarang ini kita sudah disogokkan dengan Mutiara Damansara seperti the Curve tempat di mana muda-mudi menunggang arak dan berfesyen macam nak bogel untuk bersosial atas nama ’setaraf negara maju’.

Tetapi hari ini, pihak-pihak berkenaan termasuk kita semua bercakap soal gejala sosial yang semakin teruk dan ingin cuba mencari jalan penyelesaiannya. Apa pandangan anda dengan kes rogol yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?








Hukuman Budak Sekolah Buat Seks Dengan Pasangan. Berat Sebelah?

Bukan niat sama sekali untuk menafikan hak-hak pembelaan ke atas gadis bawah umur yang teraniya. Tetapi hakikat dan realiti sekarang ini, anak-anak gadis tidak seperti dulu. Kini, anak-anak gadis mudah terpengaruh, mudah terangsang, mudah menyerahkan maruahnya dan begitu kuat perasaan ingin mencuba, tetapi undang-undang yang sedia ada masih macam dahulu. Bukan niat untuk mempertikaikan, tetapi sekurang-kurang ada rombakan dan pemerhatian semula supaya ianya relevan dengan keadaan sekarang. Contohnya sekarang ini kita hari-hari disogokkan dengan gejala remaja bawah umur buat seks dengan pasangan masing-masing.

Cadangan ini bukan untuk mengenepikan apatah lagi tidak sama sekali berniat untuk melihat hukuman seperti ini diringankan terhadap pesalah tetapi memperincikan lagi hukuman kepada pihak yang patut dihukum. Kadang-kadang mereka sedap bersama dan dibuat dengan rela hati, tetapi hukuman hanya di sebelah pihak sahaja. Undang-undang hari ini menentukan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan gadis (18 tahun ke bawah) walaupun dengan kerelaan gadis tersebut, tetapi ia dikategorikan sebagai rogol. Si lelaki kena hukum di bawah peruntukan undang-undang yang sediada mungkin dipenjara atau disebat manakala si gadis terlepas dari hukuman. Perlu diingat, orang-orang tua pernah berkata :

“Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”

Sekarang ini banyak kes rogol seperti yang didakwa bukannya kes rogol pun tetapi lebih kepada kes seks bawah umur (suka sama suka). Tetapi disebabkan takut perbuatan diketahui ibu bapa gadis tersebut, mulalah buat cerita kononnya dia telah diperkosa. Sekarang ini dunia dah banyak berubah, persekitaran sekarang tidak seperti dulu. Dengan dunia tanpa sempadan, pusat-pusat hiburan yang bersepah di merata tempat, pengaruh rancangan yang dipaparkan di kaca televisyen merupakan antara penyumbang sehingga berlakunya lambakan kes buat seks dengan pasangan. Budak-budak sekarang ini, sudah tidak kisah tentang halal haram. Yang penting…..SEDAP.

Pengkategorian ini dirasakan perlu dibuat kerana kebanyakan kes rogol ini melibatkan remaja. Memang ada kejadian rogol yang benar-benar berlaku namun gejala sosial di kalangan remaja sendiri menyebabkan ia meningkat. Banyak kejadian rogol yang melibatkan remaja adalah kerana kerelaan remaja itu sendiri yang membuka peluang insiden rogol itu berlaku. Antara kata lain, ia bukanlah rogol tetapi ZINA. Yang penting di sini adalah keadilan. Mengambil kira umur gadis seperti bawah 18 tahun yang dipelihara dan dijaga di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dilihat mungkin tidak releven lagi kerana banyak kejadian yang mengundang kejadian tersebut atas kehendak si gadis itu sendiri dan sebenarnya remaja perempuan lebih cepat matang daripada usianya. Sudah boleh tahu mana yang baik, mana yang buruk. Kadang-kadang budak sekolah lebih advance daripada yang berumur. Contohnya, beberapa kes buat seks dengan pasangannya baru-baru ini :

KUANTAN: Seorang ibu tidak menyangka bunyi ‘aneh’ yang didengar di dalam bilik tidur anak gadisnya membongkar kejadian sebenar apabila menemui seorang lelaki separuh bogel sedang menyorok di belakang almari, di sebuah Felda di sini, baru-baru ini. Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 40 tahun terbabit secara kebetulan mahu ke bilik anaknya sebelum dia terdengar rengekan mencurigakan menyebabkan dia segera menghampiri pintu bilik anak gadisnya itu. Bagaimanapun, wanita itu meminta anaknya yang masih menuntut di tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini membuka pintu sebelum membuat pemeriksaan dalam bilik itu.

Wanita itu terkejut apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di sebalik almari pakaian bilik berkenaan.Terkejut dengan penemuan kelibat terbabit, wanita itu terus menjerit memanggil suaminya untuk meminta bantuan dalam usaha memberkas lelaki terbabit. Lelaki berusia 23 tahun dan bekerja sebagai buruh itu kemudian diberkas suami wanita itu sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian itu. Selepas disoal siasat, lelaki itu dipercayai merogol anak gadis wanita terbabit menyebabkan pelajar itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan. Lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, untuk siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

dan yang ini pula….

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terlena selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu, cedera dibelasah abang pasangannya, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4 pagi di Gugusan Felda Jelai dekat sini, remaja lelaki itu dipukul selepas ditemui tidur lena dalam keadaan bogel dan berpelukan dengan pelajar itu.Pelajar berkenaan yang ditemani ahli keluarganya, kemudian membuat laporan polis sebelum remaja lelaki itu ditahan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Menurut sumber, remaja lelaki terbabit memasuki bilik pelajar berkenaan melalui tingkap yang tidak dikunci, kira-kira jam 12 tengah malam selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: “Kalau nak, datanglah seperti biasa ikut tingkap bilik.”

Kalau nak banyak lagi bahan bacaan seperti ini boleh baca di Berita Harian Metro. Zaman dah berubah, dunia dah maju! Tapi perlu ke kita ikut perkara-perkara yang tak molek?? Tidak kira di zaman mana anda berada atau di mana bumi anda berpijak, adab dan tradisi yang dipupuk dibawa bersama. Salah satunya adalah pergaulan anak-anak gadis hari ini. Kadang-kadang dilihat mereka berani sangat melepak dengan lelaki-lelaki yang belum tentu diketahui tujuan sebenarnya. Yang lebih menyakitkan mata kalau mereka bergaul bebas, bertepuk tampar, menjerit-jerit, dan tergedik-gedik tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Lebih memalukan lagi kalau lelaki itu akhirnya tidak menjadi pasangan hidup mereka pun.

P/S : Janganlah kes seks bawah umur ini ikut cara Amerika Syarikat. Apabila peguam menyoal gadis bawah umur ” do you enjoy it?”, kemudian perempuan itu mengatakan “yes”. Habis cerita…… Maka gugur kes rogol walaupun dia dipaksa dan dirogol. Harap-harap dijauhkan sehingga begitu sekali.

Adakah Undang-undang ini perlu disemak semula?




JUTAWAN JUAL VIDEO SEKS


Pernah dapat sms yang berbentuk sebegini?

“Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi video peribadiku yang hebat, sila balas YA. Warning! Hanya untuk umur 18 keatas! “

“Sunyi? Anda dipilih untuk menikmati Koleksi Video Peribadiku Yang Panas & Hangat. Sila balas YA, jika anda tahan nenikmatnya. WARNING! Hanya untuk umur 18++ sahaja”

Adakah sesetengah rakyat Malaysia, boleh digelarkan sebagai gila seks? Ini kerana kes terbaru yang melibatkan perniagaan menjual video seks dan lucah kepada bakal-bakal pelanggan yang dahagakan seks oleh seorang yang sudah bergelar jutawan telah ditangkap. Bayangkan jika sudah mula melanggan video seks, setiap video dihantar akan dicaj sebanyak RM3 atau RM5 contohnya. Berapa ramai rakyat Malaysia yang sudah menjadi pelanggan kepada saudagar seks ini sehingga mampu mengumpul kekayaan sehingga 11 juta? Ulang suara sekali lagi RM11 juta!!!

Baguslah sudah ditangkap, diharap selepas ini pihak berkuasa dapat memantau sekerap mungkin. Di internet sahaja laman-laman dari Malaysia sekarang terang-terang menawarkan video-video seks. Bayangkan video seks seperti ini dapat kepada anak-anak bawah umur. Yang mereka tahu seronok sahaja. Kesan jangka masa panjang cukup-cukup besar jika kegiatan ini tidak dibanteras daripada sekarang.

KUALA LUMPUR — Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomuniksi terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang. Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan. Pegawai itu berkata setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta. Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.

Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan. Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan. Syarikat telekomuniksi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. Bernama

Masih ingat lagi kes Aman Syah. Tetapi jangan tersilap ye. Yang saya maksudkan bukannya Aman Syah bekas penyanyi tu, tetapi Aman Syah yang terlibat dalam satu kes yang pernah menggemparkan negara kita sekitar tahun 90an dengan”mengambil” duit pelanggan tanpa pengetahuan pihak bank mahupun pelanggan itu sendiri. Banyak ker duit yang dicurinya? Bagaimana modus operandinya? Tak banyak dia ambil, hanya satu sen untuk setiap akaun. Mungkin itu yang menyebabkan pelanggan tidak menyedari duit mereka telah diambil oleh si mamat Aman Syah ini sehingga mampu mengumpul duit sebanyak RM4 juta.

“Inilah yang dinamakan sikit-sikit lama jadi bukit”

Kalau setiap pelanggan diambil 1 sen, bagaimana pula jika 5 juta pelanggan? Banyak bukan? Jenayah yang dibuat mula disedari apabila melihat kehidupan mewahnya sehingga mampu memiliki kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Ferrari. Pendek katanya, memang kaya Aman Syah pada masa itu dengan jenayah yang dilakukan. Dan akhirnya terbongkar apabila bossnya yang sudah pencen melihat sendiri kemewahan Aman Syah yang dipaparkan di TV.

HUKUMAN MATI KERAN LIWAT DAN BUNUH KANAK-KANAK DI YAMAN


Jikalau hukuman mati seperti ini yang dikenakan ke atas orang Malaysia di atas perbuatan meliwat, merogol, menyamun dan berzina, dan ia ditunjukkan di depan mata masyarakat disekeliling yang mana inilah hukuman dunia yang bakal dikenakan terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan, pastikan “orang Malaysia akan secara beramai-ramai bersara” daripada membuat jenayah. Ini baru sahaja hukuman di dunia. Di akhirat belum tahu lagi. Inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang tukang gunting rambut yang telah dikenakan hukuman mati atas kesalahan meliwat seorang budak berumur 11 tahun dan membunuh di kedainya. Bagaimana hukuman tersebut dilaksanakan?

Yehya Hussein, itulah nama diberikan untuk rakyat Yaman ini. Dikatakan Yehya Hussein telah pun ditangkap pada tahun 2008 dan telah mengaku meliwat seorang budak dan membunuhnya di kedai gunting rambutnya. Tidak cukup setakat itu, tubuh mayat budak tersebut dipotong berkeping-keping sebelum dibuangnya di kawasan yang bernama San’a.



SUBHANAALLAH!!!!!!!!!!

INSAFLAH WAHAI MANUSIA









HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD MENURUT AL-QURAN DAN SAINS


HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim) PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.