Powered By Blogger

Pages

Friday, February 26, 2010

Hukuman Sebat Untuk Pasangan Seks Bebas di Malaysia. Setuju?

Berani buat berani tanggung. Cuba tanya kepada si pengemar dan pelaku seks bebas, setujukah mereka supaya hukuman sebat dikenakan ke atas pasangan yang melakukan seks bebas? Semestinya tidak jawapan mereka. Jadi, yang mana tidak terbabit apa yang perlu ditakutkan? Saya sendiri 100% bersetuju dengan hukuman rotan atau sebat ini. Bagaimana pula dengan anda. Tetapi…….ada juga yang tidak bersetuju. Siapakah mereka?

Sebelum mari kita lihat apa cuba disampaikan oleh ayah kepada Kartika (pelaku yang masih belum dikenakan hukuman sebat) berhubung isu hukuman sebat ke atas pasangan yang melakukan seks bebas:

Ditanya mengenai kenyataan Sisters in Islam (SIS) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita, Shukarnor menempelak pertubuhan tersebut sebagai tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang Islam. Katanya, mereka yang mendakwa Islam mundur kerana melaksanakan hukuman sebat adalah pihak yang sengaja mahu merosakkan Islam.

”Orang yang merangka undang-undang syariah di negara ini bukan calang-calang orang kerana mereka adalah orang terpelajar dan pakar undang-undang Islam. ”Kepada mereka yang mempertikaikan hukuman sebat, adakah mereka ini peguam yang mahir dalam undang-undang Islam atau hanya ‘loyar buruk’,” katanya.

Suara-suara daripada Sisters In Islam (SIS) hanya merupakan golongan minoriti di Malaysia sahaja. Tetapi suara merekalah yang selalu kedengaran. Memang tidak dinafikan Sisters In Islam sebenarnya kalau ikut kepada platform asal memang banyak tolong wanita, terutamanya golongan isteri dan ibu-ibu tunggal yang teraniaya. Sekarang? Tetapi sekarang ini dilihat Sisters In Islam (SIS) seperti terdesak dengan sanggup menjadi juara sehingga ke satu tahap di mana mereka berani mahu mempertikai undang-undang itu sendiri.

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita. Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289,Akta Kanun Jenayah. Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan inidaripada pengetahuan umum, katanya

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itubersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram). Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika. Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan. ‘Rotan tidak efektif’

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya. Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam). Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia. Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Menteri Dalam Negeri perlumenjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapapersoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai,” katanya. Tamatkan ‘wabak’ merotan. Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai ‘wabak merotan’.

AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan. Kumpulanyang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakanmereka bukan rakyat Malaysia – dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002. Menurut timbalan pengarah Asia-PasifikAI, Donna Guest “ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yangmula berleluasa di Malaysia.

Perjuangan Sisters In Islam banyak menyimpang jauh. Namun kepetahan berhujah, berdebat sering menjadi senjata utama mereka. Kalau nak menjadi pejuang hak asasi manusia , banyak lagi kes penganiayaan lain yang Sisters In Islam boleh pertimbang untuk diperjuangkan.

Kalau ikut undang-undang sekular , hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas 3 golongan seperti di bawah :

  1. Wanita
  2. Lelaki yang telah dijatuhkan hukuman mati
  3. Lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun.

Sekurang-kurangnya apabila dilaksanakan hukuman sebegini, ramai yang takut untuk berzina. Dalam pada masa yang sama hukuman sebat ke atas pasangan yang melakukan seks bebas boleh memberikan kesedaran dan peringatan kepada mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berzina ini.

No comments:

Post a Comment