Powered By Blogger

Pages

Friday, February 26, 2010

Jenayah Kes Rogol di Malaysia Semakin Kronik. Punca?


Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di Malaysia yang terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadi-menjadi saban hari, sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan berita-berita seperti ini. Apa sebabnya? Di bawah ini ada beberapa contohnya kejadian kes rogol terbaru yang telah di paparkan dalam akhbar berita harian.

Amah dakwa dirogol abang majikan
KUALA LUMPUR : Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini.
Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 September lalu. “Suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di Wangsa Maju ke rumahnya di Bangi.

Rogol anak, nikah emak
PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.

Duda rogol budak upah RM5 dihukum
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah RM5 hingga RM15 antara Mei tahun lalu hingga Oktober lalu. Tertuduh, Che Hassan Che Nawang, 61, dari Kampung Jaya Gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.



Dan ini pula, tiga kes rogol yang boleh dikatakan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Antaranya :

Noor Suzaily Mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan tragis selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di Klang, pada 7 Oktober 2000.

Tragedi yang melibatkan kes Nurin Jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi Abdul Gani Juni, 54. Bapa kepada Nurul Huda Abdul Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru pada 17 Januari 2004 itu turut berduka cita dengan kematian Nurin Jazlin.

Yang pastinya kes melibat jenayah rogol ini tidak mengira mangsa. Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak tiri, sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka “sapu”. Gelaran apa yang boleh diberikan manusia yang bertopengkan binatang ini?



Kita jangan bercerita soal untuk mencari penyelesaian sedangkan kita sendiri yang memberikan racun dan sekarang ini kita mencari pula ubat yang terbaik untuk mengubatinya. Kalau semalam, kita bukla pusat bersosial dan anjurkan segala bentuk parti dan memberikan kebenaran. Secara tidak langsung kita galakkan anak-anak muda dalam menyertai segala bentuk parti sosial supaya seiring dengan negara maju. Kononnya.

Hari semalam kita ‘create’ Bangsar , kemudiannya kita ‘create’ pula Sri Hartamas. Sekarang ini kita sudah disogokkan dengan Mutiara Damansara seperti the Curve tempat di mana muda-mudi menunggang arak dan berfesyen macam nak bogel untuk bersosial atas nama ’setaraf negara maju’.

Tetapi hari ini, pihak-pihak berkenaan termasuk kita semua bercakap soal gejala sosial yang semakin teruk dan ingin cuba mencari jalan penyelesaiannya. Apa pandangan anda dengan kes rogol yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?








No comments:

Post a Comment