Powered By Blogger

Pages

Tuesday, January 26, 2010

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
Assalamualaikum,salam berbahagia dan salam 1 Malaysia..Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi membaca blog ini..saya baru je nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni..harap saudara-saudari dapat menunjuk tunjuk ajar kepada saya beserta komen..Tujuan Hamba Allah menubuhkan blog ini adalah untuk kita sama-sama merenung kembali apa yang berlaku pada hari ini kepada umat islam terutamanya terhadap golongan remaja..

Pada amnya golongan ini sememangnya mengalami kehancuran baik dari segi agama,tingkah laku dan sebagainya...statistik jenayah pada hari ini amat meruncing dan penyumbang utama adalah daripada para remaja..KENAPA mereka boleh terlibat dalam kes ini?

Harap semua mencipta jawapan sendiri dan renungkanlah apa yang akan berlaku pada masa akan datang....Sekian