Powered By Blogger

Pages

Friday, February 26, 2010

Kes Kartika Sari Dewi Shukarno Minum Arak. Bila Nak Sebat?


ISU hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno masih hangat diperbincangkan dan mendapat liputan meluas media. Kes sebat model sambilan ini, agak kontroversi sehingga Malaysia dianggap melanggar hak asasi manusia. Ada pihak yang menyokong ada juga yang menentang, dan ada juga kata Kartika Sari Dewi Shukarno ini gila publisiti. Kalau tanya saya, buat apa mahu dilambat-lambat lagi, hukuman sudah dijatuhkan dan si empunya badan sudah bersetuju.

Baguslah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sendiri meminta tarikh hukuman itu disegerakan kes sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno kerana ia sudah menjadi isu sensitif yang mencetuskan perdebatan pelbagai pihak. Tarikh pelaksanaan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang menjadi persoalan ramai selama ini akan diketahui bulan depan.

“Saya akui isu ini begitu sensitif, jadi kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik supaya ia tidak lagi berpanjangan. Saya beri tempoh sebulan lagi untuk selesaikan segala masalah dan mencari punca-punca yang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan segera,”

Hukuman sebat sudah dijatuhkan terhadap model sambilan ini, Kartika Sari Dewi Shukarnor, tukang sebat pun sudah ada. Jadi? Bila lagi? Kenapa susah sangat mahu laksanakan hukuman sebat ke tas Kartika ini? Adakah orang-orang atas takut dengan undang-undang negara sendiri? Takut ramai yang terkena nanti? Tempoh hari ditangguhkan sebab nak hormat bulan Ramadhan. sekarang ini laksanakan apa lagi mahu diberikan?

Kalau pendapat daripada seorang tokoh agama seperti Dr Asri, hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh hak individu lain seperti zina dan minum arak.

“Berbeza dengan jenayah yang membabitkan ancaman kepada hak individu lain atau keselamatan awam seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan yang seumpamanya. Jenayah peribadi seperti zina dan arak pendekatan Islam amat lunak dan membuka ruang pelepasan dan cuba menutup ruang pendedahan.

Sebatannya juga tidak mencederakan, bahkan pada zaman Nabi s.a.w ada yang hanya disebat menggunakan kain sahaja. Bukan untuk mencedera dan memusnahkan, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran.”

Bagusnya wanita ini, ya…….. dia sudah insaf dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya dengan enggan merayu supaya hukuman diringankan dan berulang kali menyatakan kesediaan disebat pada bila-bila masa, kini menunggu keputusan pihak bertanggungjawab memberi arahan kepadanya untuk menjalani hukuman itu.

Jika diamati, tiada sebarang halangan melaksanakan hukuman sebat ini. Jika dikatakan kerana menghormati Ramadan, bulan itu telah pun berlalu. Jika tiada tukang sebat syarie, ia telah pun disediakan. Malah yang lebih penting, empunya badan sendiri sudah bersiap sedia untuk menghadapinya. Sekarang ini terbalik pulak……..Kartika Sari Dewi Shukarno sendiri berkali-kali menegaskan bahawa dia mahu menjalani hukuman itu dan tidak akan sama sekali membuat rayuan walaupun didesak pelbagai pihak hatta pemimpin atasan negara sekali pun.

Justeru, di mana silapnya hinggakan hukuman sebat gagal dilaksanakan selepas ia ditangguhkan pada Julai tahun lalu. Pelbagai andaian dibuat berhubung kegagalan pelaksanaan hukuman itu.

Ada yang mengatakan….

  • Wujudnya “tangan-tangan politik” campur tangan politik dalam kes berkenaan manakala ada yang mengaitkannya dengan Peguam Negara yang menjadi faktor penangguhannya. Seperti biasa, Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan penglibatan pihaknya kerana secara logiknya tidak mungkin beliau campur tangan dalam urusan pentadbiran undang-undang syariah. Itu katanya.
  • Tidak kurang juga yang mendakwa terdapat campur tangan pihak istana yang menyebabkan kes tersebut tidak dapat dilaksanakan hingga kini.

Bagaimanapun, sejauh mana benar andaian itu, tidak dapat dipastikan tetapi apa yang nyata Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan Jabatan Agama Islam Pahang(Jaip) saling menuding jari seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Datuk Abdul Hamid Md. Yunus) : penetapan tarikh hukuman sebat itu adalah tanggungjawab Jaip selepas pihaknya mengekalkan hukuman ke atas Kartika Sari Dewi ketika semakan semula dilakukan pada Oktober tahun lalu.

Kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Jaip (Datuk Abdul Rahim Jaafar) : Pihaknya juga tidak ada kena-mengena dengan tarikh hukuman sebat itukerana pihaknya hanya menjalankan tugas untuk mendakwa model sambilan terbabit. Tanggungjawab menetapkan tarikh hukuman itu terletak di bahu Mahkamah Tinggi Syariah kerana institusi itu yang melakukan semakan semula terhadap keputusan yang telah dibuat sebelumnya.

Negara sudah masuk tahun baru, tetapi sehingga kita belum nampak lagi sebarang tanda hukuman itu dapat dilaksanakan sehingga menimbulkan persoalan di kalangan umat Islam. Seharusnya hukuman ke atas Kartika segera dilaksanakan. Melengahkan hukuman terhadap kes sebat Kartika ini hanya terus mengundang persepsi negatif terhadap sistem dan undang-undang syariah kita yang tempiasnya tentu terkena kepada kerajaan yang ada juga.

P/S : Kita pula di pihak yang benar, jadi laksanakanlah hukuman sebatan ini. Sama-samalah kita bertanggung jawab ke atasnya dengan berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

PP/S : Kalau ikutkan ramai lagi yang sepatutnya kena sebat sebab minum arak. Islam hanya pada nama. Tapi, kalau kes Kartika ini pun tak boleh hendak diselesaikan, bagaimana dengan yang lain…………

No comments:

Post a Comment