Powered By Blogger

Pages

Friday, February 26, 2010

Kerajaan Kekurangan Dana, Kerja Guru Baru Dibeku Tahun Depan?


Mintak maaf saya katakan awal-awalnya, kebanyakan graduan perguruan hari ini hanya memenuhkan peluang kerjaya semata. Sedangkan kerjaya seorang guru itu sebenarnya merupakan antara aspek terpenting dalam menentukan halatuju dan masa depan negara daripada segi pembentukan anak-anak muda masa kini. Mereka kadang-kadangnya yang masuk bidang perguruan ini bukan kehendak mereka awalnya, tetapi “terpaksa” kerana ia menjadi pilihan terakhir bagi mendapatkan peluang kerjaya.

Bakal guru hari ini boleh dikatakan seperti satu pakej mee segera(bukan semua, tapi kebanyakannya). Tugas guru bukan sahaja setakat mengajar(masuk kelas, bla…bla…bla, kemudian keluar) tetapi dalam masa yang sama bakal-bakal guru perlu diajar bagaimana untuk “mendidik” anak-anak muda hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Manakala penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.(Nasib baik beritahu dan memang patut diberitahu pun kerana itu hak mereka)

Itulah yang dikatakan sekarang, kuantiti melebihi kualiti. Itu yang jadi pada bakal guru pada hari ini, tangkap muat sahaja. Yang aniaya, anak-anak yang bersekolah. Lebih-lebih yang terkebelakang seperti anak-anak dari Sabah & Sarawak. Dahla…ketinggalan, dihantarnya pula guru-guru baru yang masih mentah dalam bidang pendidikan mengajar di sana. Erm…….

Masalah seperti terdapat graduan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah adalah merupakan masalah yang sinonim berlaku dalam skop perguruan pada hari ini dan juga apabila kementerian pendidikan berpecah menjadi kementerian pengajian tinggi dan kementerian pelajaran.

P/S : Bilangan guru terlalu ramai berbanding dengan sekolah yang ada. Kadar pertambahan dan lambakan guru tidak selari dengan graduan dalam bidang perguruan.

PP/S : Dirasakan masalah guru dapat diatasi paabila kerajaan mempunyai dana untuk menghantar guru-guru untuk posting dan membina lebih banyak sekolah. Kadang-kadang satu kelas melebihi 50 anak murid. Macam mana belajar tu?

No comments:

Post a Comment